Jenis Bola nyahtekanan

Beberapa bola nyahtekanan.

Terdapat beberapa jenis bola nyahtekanan yang berasal dari pelbagai negara. Jenis bola tekanan yang paling biasa di Amerika Syarikat ialah jenis "bean bag" ("beg kacang"), biasanya dikenali sebagai "Hacky Sack". Di Australia pula, yang paling biasa ditemui ialah jenis getah berbusa, di mana dapat menghalang tekanan muncul melalui rintangan daripada memerah bola. Bentuk bola nyahtekanan di China dikenali sebagai bola Baoding; tidak seperti yang lain, ini tidak boleh dipicit kerana ia padat dan datang berpasangan (ada dua) dan terbuat daripada bahan logam.[3]

Sesetengah bola nyahtekanan diperbuat daripada getah berbusa poliuretana sel yang tertutup. Ia terbuat daripada penyuntikan komponen cecair busa ke dalam acuan. Tindak balas kimia yang terhasil menghasilkan gelembung karbon dioksida sebagai hasil sampingan, yang seterusnya membentuk busa.[4] Bola tekanan juga digunakan dalam terapi fizikal, yang mengandungi gel dengan ketumpatan yang berbeza di dalam getah atau kulit kain. Jenis lain menggunakan membran getah nipis yang mengelilingi serbuk halus. Jenis kedua boleh dibuat di rumah dengan mengisi belon dengan soda penaik (natnrium bikarbonat).